Khamis, 26 Mac 2009

Terkezut

pesal senarai "Blog Kegemaran" hilang??? adussss penat save add blog kenkawan. Adakah dah terlalu banyak? atau ada sebab lain? tensen tul.

pagi tadi bawak Epan p klinik baiduri...takut ada sakit lain lak sebab dah 3 mlm ni badan Epan panas...bagi gak ubat demam (panadol) dari klinik. tapi malam tadi sampai ke pagi demam panas Epan lain ditambah lagi ngan sakit bahagian lutut ke bawah. Dalam demam2 tu epan takderlah merengek2...Epan aktif gak cuma bila sakit part lutut ke bawah tu yg epan merengek mintak mama urut + letak minyak.

Dr bagi antibiotik jer sbb dah ada ubat demam. Dr kata takder apa2 cuma tonsel Epan bengkak.

ptg ni nak ke L/D, babah ada keja, kami sumer ikut sekali :).

Khamis, 19 Mac 2009

Assalamualaikum

Hari ni mama dapat tempahan wat karipap pusing. Tengah buat2 tadi adik ekal dtg dekat mama sambil nyanyi2....yang mama dengar adik ekal sebut "aplu...aplu...aplu" hehehe comel jer dia nyanyi. Lagu sebenarnya "what colour is the sky....it's blue...it's blue....it's blue..." lagu sebenarnya cam ni...



abg epan asik tanya mama...."mama buat kuih babah ka mama" hehehe

Sabtu, 14 Mac 2009

Bismillah

Hari ni mama amat happy sebab jumpa kawan lama kak CT nama dia yang dah bertahun tak jumpa. Tanya kabar memasing...kak CT dah ada anak 5 dah besar2. Kak CT terkezut besar tengok mama dah montel...Kak CT hampir tak kenal mama adoiii malu tul mama, Kak CT mantain jer body walaupun dah ada anak 5. Nampak cam mama akak plak dari kak CT.

Rabu, 11 Mac 2009

Bismillah

Salam...hari ini berpeluang lagi mengupdate blogku ini alhamdulillah.

Minggu lepas adik haikal tak sihat...minggu ini abg irfan pulak demam + batuk. cian anak2 mama.

Rabu, 4 Mac 2009

Bismillah

lama tidak update blog. baru perasan last update pada Selasa, 24 Februari 2009.

2hb mac 2009 - bawak ekal p klinik sabindo di tawau, 2 mlm tidak dpt tidur lena batuk manjang sampai muntah, asma dia datang lagi setelah sekian lama tak kena, cian ekal. mlm tadi batuk teruk siap muntah lagi aduhhh sian mama tengok ekal cam tu.

buat search kat wikipedia "Penyakit Asma"
Asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!