Khamis, 30 April 2009

HAPPY BIRTHDAY



Hari ni genap 4 tahun umur anak mama ADI IRFAN MUQRI. selamat panjang umur anak mama, moga nanti jadi anak yg soleh, anak yg bijaksana, pintar n jadi kebangaan babah n mama..

babah n mama beli kek jer utk abg epan.

Rabu, 29 April 2009

Tag My Newborn baby

kali ke 2 dapat Tag, tapi yg 1st tak sempat jawap. Tag ni murni dpt dr Adda...Thanks Adda...Ok nak jawab ni

1) Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang msh dalam wad maknanya gambar anak hari PERTAMA.

ANAK PETAMA.



ANAK KE DUA.




2) Letakkan butir ini :
Nama penuh :
i) ADI IRFAN MUQRI
ii) ADI HAIKAL MUQRI

Nama Panggilan
:
i) ABANG @ EPAN
ii) ADIK @ EKAL

Jantina : LELAKI..

Tarikh Lahir :
i) 30 APRIL 2005
ii) 25 JULAI 2006

Tempat Lahir
: HOSPITAL BESAR, TAWAU

Berat Lahir :
i) 3.1KG
ii) 3.0KG

Cara Kelahiran : 2-2 ANAK LAHIR C-ZER..... sebab abg epan dah lebih 10 hari taknak gak kuar atlast bleeding. adik ekal plak pilih c-zer sebab Dr. awal2 ckp kalu nak pilih normal luka yg 1st akan koyak 5% dan kemungkinan akan c-zer gak. so baik tanak amik risiko.

3) last sekali... apakah HARAPAN korang pada anak ini.. dan korang nak anak ini JADI APA besar nanti... dan KENAPA..?

HARAPAN : Sentiasa berdoa semoga anak2ku membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh, beriman, hormat org tua & menjadi org yg berguna utk agama, bangsa & negara...

AMBITION: tak kisah tapi berharap sangat semoga 2-2 anakku ni mengikut jejak pak ngah dia tahfiz al-quran

KENAPA: tak adil bagi anak2 kita paksa2, biarler dia jadi apa yg dia nak asal tidak bertentangan dengan agama islam.

Rabu, 22 April 2009

KUPU-KUPU

mlm tadi adalah kupu2 landing kat meja makan, bila epan nampak jer dia tanya ...

irfan - mama apa ni...
mama - kupu-kupu
irfan - puku-puku
babah - bukan puku-puku....ku-pu-ku-pu
irfan - puku-puku


babah & mama gelak besar....sian tengok muka epan sipu2 malu. mama ajar lagi ...

mama - irfan...ku-pu-ku-pu
irfan - pu-ku-pu-ku


pas tu irfan belah p depan.

hehehehe

Rabu, 8 April 2009

Malam ni mengemaskini senarai blog kenkawan sbb semua link lesap.
GAMBAR TERBARU IRFAN & HAIKAL.....buat Pak Ngah & Mak Ngah yang kini berada di NZ. Untuk Nenek, Atok, Mak Lang di Senawang N9 (manaler tau kebetulan mengunjungi blog epanekal ni)





Minggu ni hinggalah ke tarikh 18hb april, sibuk memanjang ngan Pesta Regatta Lepa, pesta tahunan di daerah Semporna. Pejabat kiter Urusetia Penganjur jadi apo laie otomatikler terlibat hehehe. Kiter bahagian jemputan2. Tahun ni tak seramai tahun lepas sbb tahun ni giant dah tak jadi penaja lagi. Artis tahun ni kira ok gak ler...Adibah Nor, Helmi Gimmick, Linda AF.
semalam sayu tul hati bila......
irfan - mama nak pegi mana?
mama - mama nak pegi keja.
irfan - mama janganlah pegi keja, tinggallah ngan abang di rumah ya.

Ahad, 5 April 2009

perangai ekal makin hari makin nakal hehehe.....sekarang ekal dah pandai sebut I LUV U tapi dalam pelat dia lah. ekal suka bisik2 kat telinga kita ntah apa2 dia ckp tak faham tapi last nanti dia mesti cakap I LUV U hehehehe, terhibur sangat ngan perangai anak2 ni.

beberapa hari ni epan lak sibuk ngan jam ben10 dia....minggu lepas grandmother (macik - adik emak) bagi duit suh belikan epan dan ekal baju dan jam ben10. babah ngan mama juga epan pegiler tawau carik benda tu. ekal tinggal rumah sajer tak bawak sbb ekal ni aktif susah nak kawal. bila ekal nampak jer baju dan jam ben10 dia kanmain sukaaaa dia terus cakap wow! ben10 dan senyum2. hehehe

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!