Rabu, 6 Januari 2010

FIRST DAY GO TO SCHOOL

Jom layan gambar abg epan.


Hari ini bermula tugas baru mama... siapkan abg epan pegi sekolah, hantar dan ambik balik dari sekolah. Malam tadi arahkan abg tidur awal supaya esok pagi senang nak bangun dengan adik sekali tidur awal ;).

Pagi tadi mama kejutkan abg epan sekali yang terjaga adik ekal plak. Pujuk abg epan pegi mandi, adik pulak yang nak sangat pegi mandi hehe. Alhamdulillah hari pertama ni abg epan tak buat hal, senang mama uruskan.

Mama kesian tengok adik ekal pagi tadi..dia nak juga pegi sekolah, mama bagilah beg dia..suka tul dia. Tengok keadaan..kalu ok adik ekal memang betul2 nak sekolah, mungkin mama daftarkan dia kat pasti nanti sama-sama ngan abg epan.

Sabtu, 2 Januari 2010

Kelmarin bawak Abg Epan buat gambar paspot untuk daftar tadika dan shoping sikit untuk persediaan masuk tadika.

Hari ni mama daftarkan Abg Epan untuk masuk kelas.

Esok Abg Epan dah mula masuk kelas. Tinggallah adik Ekal di rumah bersama maid.

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TINGGAL 2009 .... HI 2010

Pejam celik...pejam celik ...kita dah di tahun 2010 kan ;)
Selamat Tahun Baru 2010.....banyak juga kenangan tahun 2009 yang kita dah tinggalkan.

Tahun ni Abg Epan akan pergi Tadika.... sudah besar rupanyer anak mama.
Minggu depan bila abg epan dah mula kelas...mama kena buat jadual mama 24 jam....jam brapa kena bergerak pagi dari rumah sekali hantar abg epan ke kelas dan mama masuk pejabat dan jam berapa nak ambik abg epan dari kelas pula, kemudian siapkan abg epan untuk next kelas huhu.

Mama bercadang nak daftarkan abg epan 2 kelas....pagi Kelas PASTI dan petang Kelas KEMAS. Laratkah anak mama ni nanti yer? Insyallah. Mama buat semua ni untuk masa depan abg epan. Kenapa mama buat semua ni? adalah ceritanyer kan.

Kejam kah mama ni???

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!