Alhamdulillah, hari ini genaplah umur anakanda sulung mama, Adi Irfan Muqri 5 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru sahaja mama dan babah berkejar ke Hospital Besar Tawau dengan penuh rasa berdebar kerana mahu menyambut kelahiran anak pertama.
Mama sentiasa doakan semoga anak mama di berikan kesihatan yang baik, di panjangkan Umur serta Berjaya di Dunia dan Akhirat. Kehadiran Irfan telah mewarnai dan menceriakan kehidupan Mama dan Babah ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan