Rabu, 29 Julai 2009

Malam tadi nenek ati call sebab atok ayob nak ckp ngan abg epan, dah lama tak dengar sora cucu seorg ni hehe. mama bagi hp pada abg epan utk becakap ngan atok ayob, biasala abg epan cakap pasal mainan jer, pas abg epan ckp ngan atok..mama bagi lak hp pada adik ekal utk becakap ngan nenek ati hehehe. ntah apa2 adik ekal ckp ngan nenek yg jelas hi nenek & bye nenek huhu. Dah 2 kali atok ayob bertanya ngan nenek ati kalu babah dah beli tiket utk balik senawang raya nanti...tapi hakikatnya mama & babah lom beli tiket lagi huhuhu.

Pagi tadi terima call lagi dari nenek ati...atok ayob masuk icu hospital besar seremban sebab tetiba sesak nafas :(. Moga atok ayob@abah cepat sembuh amin.

Baru jap tadi mama beli tiket untuk balik senawang sempena raya nanti. perjalanan pada 11 sept 2009 dan balik sabah 4 okt 2009 ngan MAS (J7RBD8). sekurang-kurangnya atok ayob@abah sonang hati dengar dah confirm ada tiket balik senawang raya :).

Selasa, 28 Julai 2009


Lokasi pengambaran dapur hehe...mama masak epan & ekal ni pun sibuk gak nak tengok apa yg mama masak. Layannnnnn

Angka 2 & 1 sepatutnya 1+2=3 tahun tapi takder lilin angka 3 plak.

Jumaat, 24 Julai 2009


Mama sesangat suka nengok gambar Ekal ni, senyum yang amat mengada-ngada hehe. nampak comel lak.



SELAMAT PANJANG UMUR ANAK MAMA - 25 Julai 2006


Ekal dah 3 tahun, dah besar anak mama...tak sedar rasa cam kejap jer dia jadi baby hehehe. Moga anak mama membesar sebagai johan huhu...moga anak mama menjadi seorang anak yang soleh, bijak, menjadi anak yang bertanggungjawab, sihat selalu sentiasa riang dan menjadi tahfiz...amin! Sayang anak-anak mama.

Rabu, 22 Julai 2009

Sekarang ni ekal tak bleh nampak lilin mesti dia nyanyi "HAPPY BIRTHDAY TO YOU" lam bahasa dia, pas tu hembus lilin (cam ada lilin sebenarnya imigenasi dia jer) then tepuk tangan sambil cakap 'manaiiiii'(pandai) hehehe.

Malam tadi babah ngan mama test la nyanyi happy birthday 2 U...happy birthday 2 U...happy birthday 2 U HAIKAL...happy birthday 2 U, pas jer mama nyanyi ekal hembus lilin. pas tu dia lak nyanyi, hembus then tepuk tangan ckp 'manaiiii'.

Nak rekod sora dia tapi tak berjaya sebab dia dah perasan mama nak rekod terus buat perangai lain...tensen.

Jumaat, 17 Julai 2009


Ini lagu baru ekal. bila babah & mama nyanyi lagu ni ekal mesti terkekeh2 gelak suka, pas tu dia plak nyanyi...walaupun senikata tak jelas tapi boleh faham gak hihihi.



Layaaaaannnnnnnnnn gambar-gambar Epan & Ekal.

Selasa, 14 Julai 2009


cuba tengok betul2 mata abg epan, cam pakai celak mata kan? tu lah, dah berapa kali orang tegur@tanya mama... "eh! anak akak ni pakai celak ker?" takder keja mama nak pakaikan abg epan celak hehehe. rupanyer abg epan ikut atok ayob mata cam pakai celak hihi.
Dah 2 minggu rupanyer mama tak update blog ni hehehe. ontahlah cam takder mood jer. Mlm tadi (13 Julai) epan call atok nak wish birthday, tapi yg kelakar...atok yg birthday epan lak mintak atok belikan dia ben10 dan komputer memainan hehehe, mesti atok tensen hihihi. Ok jom layan gambar2 Epan & Ekal (gambar ni campor2 taun 2008-2009)











Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!