Khamis, 16 Disember 2010

SALAM, SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:

* Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
* Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
* Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
* Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
* Allah menjadikan Siti Hawa.
* Allah menjadikan Syurga.
* Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
* Taubat Nabi Adam diterima Allah.
* Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam
selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah
daripada pembakaran Raja Zamrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama
empat puluh hari dan empat puluh malam.
* Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya
daripada tentera Firaun.
* Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:

* Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
* Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan
jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
* Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh
keamanan dan kesihatan.
* Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka-
Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
* Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia
telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
* Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-
Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
* Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang
yang sedang sakit.
* Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam
dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta
kepadanya seumur hidup.
* Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
* Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya
dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
* Sunat menginai dan mengerat kuku.
* Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada
hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
* Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama
50 tahun terdahulu dan terkemudian.
* Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
* Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal
maula wa nikman nassir )


Lama tak update blog ni dah bersawang2 hehehe, tuan tanah sangat menyebukkan diri dengan kerja2 lain sehinggakan nak mengemaskini pun macam dah tak ada masa ditambah pula dengan ketiadaan mood dan kemalasan melanda diri tuan tanah.

Alhamdulillah hari ni tetiba ada pula aura rajin@mood untuk mengemaskini blog ni.

Sempena 10 MUHARAM, Babah ajak kuar nak belanja mama, epan & ekal makan kat luar....happy epan & ekal bila ajak kuar hehe.

Lagi 2 minggu sekolah nak buka....barang2 sekolah epan & ekal mama dah beli awal lagi, kebetulan balik senawang raya aidiladha bebaru ni, jadi mama taklah sibuk bangat, buat persiapan awal kan lagi baik.

Okeylah, cukup dulu untuk malam ni...insyallah mama akan update lagi.

Rabu, 1 September 2010

HARAP MAAF

kerana...

Blog epanekal dalam keadaan kucar kacir@dalam pembaikan. Ntah macamana tiba2 jer template blog epanekal hilang. Mama ambik masa untuk mengemaskini blog epanekal. Harap maaf.

Ahad, 18 Julai 2010

BIRTHDAY ADI HAIKAL MUQRI

Sudah lama mama tidak menulis untuk blog anak2 mama epan&ekal. Nak kata mama sibuk bangat tak juga tapi mama tak ada idea nak menulis ^_^.

Hari ni mama buat majlis birthday anak mama no. 2 ADI HAIKAL MUQRI yang ke 4 tahun. sebenarnya birthday ekal pada 25 Julai 2010 tapi masa itu mama di KK berkursus jadi mama tak sempat buat apa2 persediaan untuk majlis birthday ekal. Jadi hari ini mama dah sedia untuk buat majlis ekal, walaupun tak mariah tapi ekal happy, happy lebih2 lagi dapat kek yang ekal nak sangat Buzz Lightyear ^_^.

Stiker untuk jajan




Alhamdulillah selesai sudah semuanya, penat memang penat tapi untuk anak bujang mama tak apa sebab mama sayang anak-anak mama. Terima kasih Babah tolong mama buat stiker jajan ekal...ambik kek & tolong hias ruang depan, terima kasih mama ddng tolong mama masak2, terima kasih mama zie turut tolong-tolong mama di dapur...tanpa semuanya mama tak boleh buat seorang2.

Rabu, 23 Jun 2010

Hari ini dah masuk hari ke4 persekolahan panggal 2. Kesibukan mama bermula lagi...tapi demi epan & ekal mama tak kesah. Mama akan buat yang terbaik untuk anak-anak mama.

Sebelum cuti panggal 1, epan & ekal ada exam kat tadika PASTI...resultpun dah dapat, ekal dapat no.10 dalam kelas daripada 16 orang murid dan abg epan dapat no. 21 daripada 32 orang murid. Alhamdulillah satu permulaan yang baik untuk anak-anak mama, untuk ekal walaupun baru sebulan masuk kelas sudah exam panggal 1. Untuk abg epan kena usaha lebih lagi. Mama sayang epan & ekal.

Isnin, 14 Jun 2010

Salam

Last update blog pada 4 Jun, 2010 Jumaat. Hari ni dah 14 Jun 2010...waaaa 10 hari lepas rupanya mama update blog epanekal hehehe.

Kelmarin ada majlis bufday sepupu epanekal kakak Auni yang ke8 tahun. Meriah juga majlisnya. jom layan antara aksi2 epanekal.

Jumaat, 4 Jun 2010

Picnic Sempena Cuti Am Sabah


Lama tak update blog dah bersawang hehe.

Sempena cuti2 melesia 31 Mei lepas (cuti am sempena pesta kaamatan 30-31 mei) kebetulan zie&ajat family balik bercuti maka kami merancang untuk membawak budak2 ni picnic ke Pulau Sibuan...seronok betul budak2 bila dengar jer nak ke Pulau.

Tapi... dah sampai pulau dapat berita sedih pula...Pakcik iaitu adik bungsu arwah bapa meninggal :( .... dah terlanjur sampai pulau maka percutian harus diteruskan. Jom layan gambar2 kami kek pulau.

Ahad, 9 Mei 2010

Khas buat mum, emak, diri sendiri, ibu2 dan bakal2 ibu seluruh dunia, SELAMAT HARI IBU... Semoga kita menjadi ibu yg terbaik buat anak2 dan isteri yg solehah buat suami2 kita, amiinnnn.

Isnin, 3 Mei 2010

MAJLIS BIRTHDAY EPAN



Alhamdulillah selesai sudah majlis birthday epan yang mana secara rasminya buat majlis tersebut utk epan & kakak sepupu dia kakak Alia Maisara sekali gabung sebab tarikh birthday dekat2 jer alia 26 april & epan 30 april. mama tak sangka ramai gak tetamu yang datang.

Adik ekal baik plak hari tu, tak banyak ragam macam selalu mungkin sebab dia tak sihat, badan panas atau mungkin gak adik ekal dah faham tu bukan majlis dia. mama risau gak kalu2 dia nak plak tiup lilin & potong kek, tapi macamanapun mama bagi gak ekal potong kek abam epan.

kelakar gak adik ni, tetamu tu bagilah angpau sbg hadiah abam epan, adik nampak apa lagi siap cakap ngan mama diapun nak gak duit (tau pulak dia tu duit).

layanzzz gambar2 majlis birthday abam epan.

Last sekali setelah tetamu semua dah balik, amik gambar ramai-ramai ngan nenet marajiah & sepupu2 epan&ekal.

Jumaat, 30 April 2010

BIRTHDAY

Pagi tadi sebelum antar Epan kat KEMAS, beli kek & 2 jenis jajan utk bagi kawan-kawan Epan kat kelas. Kiranya pagi ni adalah Majlis Birthday tidak rasmi Adi Irfan Muqri. Layanzzzz gambar epan & kawan-kawan.

Terima kasih nenet suruh mama beli kek utk abang epan.

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!