Jumaat, 30 April 2010

BIRTHDAY

Pagi tadi sebelum antar Epan kat KEMAS, beli kek & 2 jenis jajan utk bagi kawan-kawan Epan kat kelas. Kiranya pagi ni adalah Majlis Birthday tidak rasmi Adi Irfan Muqri. Layanzzzz gambar epan & kawan-kawan.

Terima kasih nenet suruh mama beli kek utk abang epan.

Khamis, 29 April 2010

HAPPY BIRTHDAY SAYANG MAMA

30hb April 2010 Irfan dah 5 tahun. Sudah besar anak mama.

Alhamdulillah, hari ini genaplah umur anakanda sulung mama, Adi Irfan Muqri 5 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru sahaja mama dan babah berkejar ke Hospital Besar Tawau dengan penuh rasa berdebar kerana mahu menyambut kelahiran anak pertama.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..

Mama sentiasa doakan semoga anak mama di berikan kesihatan yang baik, di panjangkan Umur serta Berjaya di Dunia dan Akhirat. Kehadiran Irfan telah mewarnai dan menceriakan kehidupan Mama dan Babah ....


Birthday Epan yang ke 1 tahun.

Rabu, 28 April 2010

BUNGKUSAN

Apa masalah tajuk tu kan hehe...sebenarnya hari ini mama terima bungkusan dari nenet & maklam di senawang. Antara yang ada dalam bungkusan tersebut adalah t-shirt 2 hero mama ni, layannnnzzzz gambar2 anak mama ni.




Kepada Nenet & Mak Lang....terima kasih belikan abam & adik baju...cantiklah, abam & adik suka sangat dan mama sempat amik gambar kami untuk nenet & mak lang :)

Isnin, 26 April 2010

HADIAH MAKLAM Nini



Dear maklam Nini,
Hari ini mama dah hantar hadiah birthday maklam, esok atau lusa maklam akan terima kotak seperti di atas tu.

Jumaat, 9 April 2010

Adli & Izham Junior


Adli = Irfan & Izham = Afif.... 2 budak encom ni memang macam tu fesyen bila sesekali dapat jumpa.

Abam & Adik


Tarikh : 8hb April 2010 (Khamis)
Masa : 4.45 petang
Tempat : Perpustakaan Daerah Semporna

Kelmarin mama & mama ddng jemput abam & adik dari tadika lepas tu terus pegi perpustakaan (sebab mama ddng keja kat situ) nak tunggu kakak alia pulak balik jam 5.20 ptg. Tengah sonok2 abam & adik memain ada pulak kakak tu tanya tu anak mama ddng ka? mama ddng ckp tu anak kakakku...mama pun senyum, kakak tu tanya lagi, "adik beradikkah? macam kembar tapi kenapa 1 putih 1 hitam manis?" mama cakap la "adik beradik tapi umur beza setahun jak".

Situasi ke2 :-

Tempat : Pintu Masuk Perpustakaan
Masa : 5.10 petang

Mama, mama ddng & staff mama ddng (lelaki - selepas ini dipanggil Rofli) lepak2 sambil menunggu kakak alia balik, epan & ekal biasalah berlari2 explore kawasan perpustakaan...ekal pun datang tempat mama sambil berkata 'tanak...tanaklah' (abam epan keja dia) sepontan Rofli tanya mama "kak, emak budak ni orang semenanjung ka?" mama terbengang kejap sambil mandang mama ddng dan gelak besar hahaha "ini anak aku lah Rof yang no. 2" Rofli "ha? kenapa ndak serupa kak?" Rofli pun gelak.

Macaman tu??? inilah perkara yang mama risaukan, masa ini abg & adik kecik lagi masih belum faham...kalu dah 2-2 besar & faham, apalah perasaan adik & abg tu ya??? mama teringat ngan anak no. 2 & no. 3 macik Badariah sebab yang no. 2 putih muka sebiji muka ayah & adik no. 3 hitam manis sebiji muka mak....hehehe

Rabu, 7 April 2010

EKAL LAGI....

Hari ni masuk hari ke 3 ekal pegi sekolah. oh ya...mesti ada yang penin bila baca n3 ni kan hehe...mesti banyak sok'lan dalam kotak fikiran anda yang membaca kan. meh mama betulkan@jawap.....

Sebenarnya mama sengaja daftarkan lewat untuk ekal masuk tadika... ada 3 sebab antaranya,

PERTAMA : mama masih berfikir sama ada nak daftarkan ekal sekolah atau tak...lagipun bila mama mintak pendapat babah perkara ini ...babah memang tak setuju dengan alasan ekal masih kecik (cousin2 ekal yang sebaya dengan dia semua dah masuk sekolah)

KE2 : awal bulan januari lepas ekal masih pakai drypers... dan memang dalam keadaan training untuk tidak memakai drypers. mama janji ngan ekal kalu dah tak pakai drypers nanti boleh masuk sekolah. and pada bulan Mac ekal lulus trining tak pakai drypers pada waktu siang shj...mlm masih pakai lagi. ekal dah pandai cakap bila nak kencin & yayak.

KE3 : kebelakangan ni (sebelum mama daftarkan dia pegi tadika) ekal nak sangat pegi sekolah, mama kesian plak ngan ekal, jadi mama ambik keputusan daftarkan ekal kat PASTI pada bulan April.

Perkembangan ekal pada hari ke3 sekolah....ekal masih excited pegi sekolah alhamdulillah.... hari pertama & ke2, mama antar pegi & jemput balik dari sekolah, sekali hari ni mama cuma hantar & balik tumpang akak ipar (maid ikut sekali jemput ekal) mama balik jer rumah petang tadi...maid bagitau yang ekal tanak ikut makcik dia (akak ipar) ekal nak tunggu mama tapi maid dukung jer ekal masuk dalam keta.

Nampak gaya mama kena hantar abam & adik ke tadika & jemput balik setiap hari, kesian adik takut dia tanak pegi sekolah lagi kalu bukan mama yang hantar & jemput dia balik. abam dah suka sebab mama yang hantar & jemput pegi sekolah.

Isnin, 5 April 2010

EKAL SEKOLAH

1st day ekal pegi sekolah. seronok betul mama tengok dia bersemangat nak pegi sekolah.
harap2lah keadaan ini tak berubah & akan berterusan sampai bila2....mama takut esok dia dah tanak pegi sekolah hehehe. Siap pesan kat ekal, kalu nak kencin cakap ngan cikgu ya dik "cigu ekal nak kencin".

Balik dari sekolah petang tadi masuk rumah bagi salam hehe...cousin2 ekal & nenek turut excited ekal dah pegi sekolah ...cumel jer ekal ;).

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!