Khamis, 24 September 2009

Epan bertemu Afif

Hari ni kawan babah Izham & family dtg beraya, anak pertama dia Afif sebaya Epan...kanmain mesra dowang cam dowang lak yg dah lama tak jumpa. Tengokler gambar dowang tu.




Habih mainan Epan dipunggah bagi Afif main. Seronok tengok dowang main sama2...kalu ngan Ekal tak jadi suasana cam tu :-), kebetulan Ekal kuar ikut ngan Maklam dia jadi aman sikit Epan & Afif main. Habih main arahkan dowang kemas balik semua mainan tuh...


Selasa, 22 September 2009




Antara aksi-aksi Epan & Ekal di Hari Raya Aidilfitri.

Sabtu, 19 September 2009

LAGU RAYA - untuk semua pengunjung blog ini.

Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

'Apa Tu Tok? LACUN Abam ka?'



Sebaik sampai kat umah Senawang, Abam & Adik hepi-hepi semacam. Semua bilik diteroka dan buat bising sampai 2 pagi. Lebih kurang 10malam atok pegi isap rokok kat luar rumah dan sebelum tu mengeluarkan satu kotak 'lacun'.

'Apa tu tok? lacun abam ka?'


Gilo apo? terbahak-bahak nenet ngan atok gelak bila dengar perkataan lacun tuh. Zaman moden nih, ader ker sanggup seorang atok meracun cucu dia?

'Bukan lacun laa Abam.. MERCUN!' kata mama dia.

'Macun. Eh.. Camana tu mama?'

'Mercun lah. Bunga Api!'

Then Abam dan Adik mainlah lacun tuh kat luar rumah dengan anak jiran depan tuh. Ok gak laa. Hepi gak dia main lacun tuh.

Seperti biasa, seminggu kat Senawang nih kedua-dua budak ni asik pegi jenjalan jer. Jemput atok pegi dialisis centre, jalan-jalan sama nenet, pegi Giant, pegi Tesco (ya.. kedua-dua TESCO dan JUSCO disebut TESCO).

Pagi semalam (jumaat 18 September) Maklam sampai jam 7.30 pagi kat Terminal One Seremban. Macam biasalah, bila jumpa Maklam dia... terus bising-bising pagi tuh dan terus mintak Maklam beli robot.

Hari Jumaat petang jam 3pm pegi carik laksa basah dan barang-barang nak buat laksa. Pastu pegi JUSCO. Sempat jugaklah mama dia carikkan seluar raya untuk Abam dan Adik. Tapi, selaku hero yang tak pernah kalah oleh mana-mana Ultraman, Adik terpaksa 'ditidurkan' supaya tak turut serta pada 'journey' petang tuh. Kalau dia ikut sekali, jawabnya nahas laa mama dia.

Kat JUSCO Abam 'pow' babah untuk main-main video games dan 'menyoping' sakan untuk berbuka. Kalau dah pegi Jusco tuh, SUSHI, Big Apple Donuts dan Ubi keledek panggang kena laa beli dan itulah menu berbuka puasa semalam.

Malam tu Mama dan Maklam kuar jenjalan kat Dataran Taipan Senawang dan kopaklah duit Maklam untuk beli 2 bijik robot seperti yang telah dijanjikan sebelumnya.

Malam tadi selepas berbuka puasa, penyimpan mohor besar raja2 mengisytiharkan Raya Aidilfitri Se-Malaysia jatuh pada hari Esok (Ahad, 20 September 2009).

Lepas announcement Raya tuh, Abam dan Adik menyambung aktiviti main LACUN dan 'menghembus' pelita sambil nyanyi lagu 'Happy Birthday To You'.

Mengamok gak Maklam dia sebab kena bakar sumbu pelita tu berkali-kali sebab Adik asik menghembus jer kerja dia.

Abam sempat tanya mama dan nenet dia 'Mana PakNgah?'. Yer.. walaupun dah explain berkali-kali PakNgah kat NZ, dia tetap buat-buat tak paham gak.

Mungkin kalau dapat kertas yang gambar tengkolok senget warna merah atau ungu dari PakNgah dia senyap dan takkan bertanya lagi kot? Hmm..

Apa-apa pun.. Salam Lebaran, Minal Aidin Wal Faizin.

Khamis, 17 September 2009

Lagi 2 hari nak raya & dah seminggu kami sefamily balik senawang n9 rumah nenek ati. Epan & Ekal kanmain happy sebab dunia dowang luas kalu kat sini selalu kuar jenjalan tak cam kat semporna asik duk kat rumah jer donia kecik hehe...cian anak2 mama. Persiapan raya - untuk epan & ekal, awal2 lagi mama dah beli baju2 dowang, baju melayu dah siap tinggal nak cari samping jer lagi n mama masih berfikir adakah perlu samping untuk hero2 mama ni? .... tapi raya tahun ni family babah kurang seorg iaitu family angah yg kini berada di N.Z, apa pun semoga semuanya ceria menyambut raya aidilfitri.

Dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan yang melawat blog ini... untuk angah, umi & aya (lam perot)... mum & family di sabah.. semoga raya ini di sambut dengan ceria. Mohon keampunan andai ada kata terguris hati dan perasaan. Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin.


Terima kasih Nor akak terima kad raya & duit raya Nor.

Khamis, 3 September 2009

Salam

dah lama plak mama tak update blog epanekal ni hehe. akhir2 ni ada sibuk sikit cam takder kesempatan lak mengupdate. jadi n3 mlm ni nak citer sikit pasal anak2 mama.

abg epan .... hmmm kebelakangan ni abg epan buat mama poning, tensenpun ada, apa taknyer...asal pagi jer atau nampak mama nak p mandi mesti abg epan tanya... "mama pakai baju apa? baju rumah?" bila mama cakap mama nak p kerja mulalah air mata meleleh terus menangis. siap cakap lagi "tak payahlah mama keja, tinggal sini sama abam, abam takut" bila abg epan ckp cam tu, mamapun berfikir apa yg abg epan takut? adakah dia ni mengada2 cerita? camna nak tangani masalah ni???

adik ekal ..... mlm tadi mama baru perasan adik ekal dah sama tinggi ngan abg epan sebab kebetulan budak 2 orang ni berdiri sama depan mama hehehe cuma adik ekal gemok sikit dari abg epan. adik ekal ni suka menyanyi antara lagu2 adik rasasayang, enjet2 semut, lagu 3 kupang. kalu dia nampak makanan dia mesti cakap hmmm syadap mengira pun dah pandai, mengira lam bahasa inggris dengan turutan yang betul lak tu, mama suka bila dia mengira tu part seven adik ekal sebut seppen.

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!