Sabtu, 19 September 2009

'Apa Tu Tok? LACUN Abam ka?'



Sebaik sampai kat umah Senawang, Abam & Adik hepi-hepi semacam. Semua bilik diteroka dan buat bising sampai 2 pagi. Lebih kurang 10malam atok pegi isap rokok kat luar rumah dan sebelum tu mengeluarkan satu kotak 'lacun'.

'Apa tu tok? lacun abam ka?'


Gilo apo? terbahak-bahak nenet ngan atok gelak bila dengar perkataan lacun tuh. Zaman moden nih, ader ker sanggup seorang atok meracun cucu dia?

'Bukan lacun laa Abam.. MERCUN!' kata mama dia.

'Macun. Eh.. Camana tu mama?'

'Mercun lah. Bunga Api!'

Then Abam dan Adik mainlah lacun tuh kat luar rumah dengan anak jiran depan tuh. Ok gak laa. Hepi gak dia main lacun tuh.

Seperti biasa, seminggu kat Senawang nih kedua-dua budak ni asik pegi jenjalan jer. Jemput atok pegi dialisis centre, jalan-jalan sama nenet, pegi Giant, pegi Tesco (ya.. kedua-dua TESCO dan JUSCO disebut TESCO).

Pagi semalam (jumaat 18 September) Maklam sampai jam 7.30 pagi kat Terminal One Seremban. Macam biasalah, bila jumpa Maklam dia... terus bising-bising pagi tuh dan terus mintak Maklam beli robot.

Hari Jumaat petang jam 3pm pegi carik laksa basah dan barang-barang nak buat laksa. Pastu pegi JUSCO. Sempat jugaklah mama dia carikkan seluar raya untuk Abam dan Adik. Tapi, selaku hero yang tak pernah kalah oleh mana-mana Ultraman, Adik terpaksa 'ditidurkan' supaya tak turut serta pada 'journey' petang tuh. Kalau dia ikut sekali, jawabnya nahas laa mama dia.

Kat JUSCO Abam 'pow' babah untuk main-main video games dan 'menyoping' sakan untuk berbuka. Kalau dah pegi Jusco tuh, SUSHI, Big Apple Donuts dan Ubi keledek panggang kena laa beli dan itulah menu berbuka puasa semalam.

Malam tu Mama dan Maklam kuar jenjalan kat Dataran Taipan Senawang dan kopaklah duit Maklam untuk beli 2 bijik robot seperti yang telah dijanjikan sebelumnya.

Malam tadi selepas berbuka puasa, penyimpan mohor besar raja2 mengisytiharkan Raya Aidilfitri Se-Malaysia jatuh pada hari Esok (Ahad, 20 September 2009).

Lepas announcement Raya tuh, Abam dan Adik menyambung aktiviti main LACUN dan 'menghembus' pelita sambil nyanyi lagu 'Happy Birthday To You'.

Mengamok gak Maklam dia sebab kena bakar sumbu pelita tu berkali-kali sebab Adik asik menghembus jer kerja dia.

Abam sempat tanya mama dan nenet dia 'Mana PakNgah?'. Yer.. walaupun dah explain berkali-kali PakNgah kat NZ, dia tetap buat-buat tak paham gak.

Mungkin kalau dapat kertas yang gambar tengkolok senget warna merah atau ungu dari PakNgah dia senyap dan takkan bertanya lagi kot? Hmm..

Apa-apa pun.. Salam Lebaran, Minal Aidin Wal Faizin.

1 ulasan:

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!