Ahad, 21 Mac 2010

ABAM EPAN

Abam epan tengah buat homework





Sempena cuti sekolah seminggu maka cikgu kemas abam bagilah homework, awal pagi lepas mandi & minum susu, abam pun buatlah homework dia...dlm hati mama bersyukur & memuji2 rajin anak mama moga ia berterusan cam tu. Dengan semangat yang berkobar2 lepas abam siapkan homework...dia pun bagi tunjuk pada mama..."mama tengoklah abam buat, cantik kan?"

Bila tengok jer...mama gelak besar sambil memuji2 "wah! pandainya abam buat...tapi kan abam kena buat semula sebab abam buat dah lari bentuk".. abam epan pun sengeh2 sambil berkata "biarlah kan mama macam itu" mama "tak boleh biar2 abam nanti maksud dia pun dah lain" hehehe



HADIAH BESDAY MAMA

Terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih pada asban tersayang kerana bagi hadiah ni pada mama, walaupun mama dapat hadiah besday awal daripada tarikh sebenar.



Birthday 2 tahun lepas, babah bagi hadiah samsung i450



Sebenarnya bukanlah nak mengumpul atau jadi syarat setiap kali besday nak henpon...tapi henpon i450 memang betul2 dah nazak dalam erti kata lain dah tak boleh guna kerana ia boleh mendatangkan kemarahan. Tapi mama masih sayang henpon tu dan Babah dah janji akan hantar henpon tu untuk dibaiki dan tukar baju sekali.


HADIAH ANNIVERSARY YANG KE-7



Kes yang ini pulak mcm ni ceritanya.......disebabkan i450 tu nazak & mama dah tensen sebab bila nak buat call atau terima call tetiba jer 'hang' skrin henpon tu & babah selalu dengar mama membebel pasal masalah tu maka mama bercadang beli 1 henpon yang murah jer sementara i450 tu dibaiki (time tu mama tak tau pun yg akan dapat samsung G810) lagipun henpon ni kebetulan kedai tu buat jualan murah.

Bila epan dah perasan yang mama ada 3 henpon dia pun mengutarakan soalan :-
epan : mama kenapa mama ada 3 telepon?
mama : nanti kalu abam dah besar abam pakailah 1 henpon mama ni, senang mama call abam nanti
epan : ooo ya kah mama, abam nak yang warna putih (g810)


pandai pulak anak mama ni nak yang baru hehe.

Khamis, 4 Mac 2010

Abg Epan & Sepupu

N3 ni dah basi hehe...sepatutnya dah lama upload tapi tidak berkesempatan.

Ini abg epan & sepupu dia Syhmie (anak bongsu abang mama) dowang ni sebaya...epan lahir 30 April & Syhmie lahir 3 Jun. Sekolah sama kat PASTI, tapi baju syhmie ni kes salah beli kain hehe tu yg kaler dia lain. Jom layannnnnn.....





AKU BUKAN SUPERMAN



Tajuk tu sebenarnya adalah lagu..dan lagu tu adalah lagu ekal, kebetulan dia ada baju superman hehe. Lawak betul, hari-hari ekal nak pakai baju superman tu, kalu boleh tak payah basuh ler sebab dia nak pakai siang atau malam haha penin kepala mama. Bila dah pakai baju tu ekal tanya mama lak.....

ekal : mama..mama...ekal superman? (pelat dia ler)
mama : bukan, ekal cuma pinjam baju superman.

kena cakap mcm tu, takut dia terbang pulak ...nauzubillah.... Ya Allah janganlah ekal terbang ikut mcm superman pulak. Kerisauan bertambah sebab mama dah beli Katil double decker . Abg tidur atas & adik tidur kat bawah, tapi adik dah pandai panjat atas plak katil tu.

Layannnn gambar-gambar abam & adik bersama sepupuh2. Psssttt! abaikan semak samun kat katil tu yer ;)... agaknya budak2 ni sakai tahap dewa lagi jadi nak duk kat katil tu jerlah...siap main rumah-rumah...hehehe.


Isnin, 1 Mac 2010

Happy Anniversary

Sedar tak sedar dah 7 tahun babah & mama kahwen ;)
tak ada buat apa2 celebratepun sobab mama bz seharian kat pejabat (masa ni la plak ada program kat opis) dan babah bz kat opis dia...masing2 ada program.

tak perlah yang penting ingatan, ... ingatan? a ha.. babah lupa wish kat mama [ha'ah ler mama tak dengar apa2 wish daripada babah] dan mama pun tak wish babah ...hmmm

kenapa yer? adakah begini keadaannya bila dah lama kahwen? satu-satu kebiasaan yang pernah dibuat hilang macam itu saja ....

apa pun.... Happy Anniversary to My Honey Bunny & Thank You For Loving Mama!

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!