Rabu, 5 Ogos 2009

Bila BABAH Menulis: Kisah Abam dan Adik Minggu Ini.


Sebelum anda tanya saya macam wartawan, saya jelaskan memang sepatutnya wife saya yang menulis kat dlm blog ni sebab dia dedikasikan masa (dan curik-curik masa jugak sebab dia duduk sebelah ngan bilik BOS kat pejabat dia.. terel betul) dan ideanya untuk anak-anak kami babyboy dua orang nih.

Tapi sebab untuk menghilangkan TENSEN akibat serangan seorang 'pengamal media' (ya... saya tau, bunyinya macam pengamal ilmu hitam) kat blog saya: Blog Symbian Malaysia (http://www.symbianku.com) maka saya pun menulislah apa yang patut untuk memeriahkan blog wife saya nih.

So, apa yang akan saya cerita? mestilah berkait langsung dengan 2 orang anak-anak saya nih.

1) ABAM (Adi IRFAN Muqri)
Bebaru ni abam dapat komputer sendiri. Taklah perfect, tapi sebuah desktop cantik gak la. Esok atau lusa kena tambah RAM pada desktop sebab kesiputan yang memuncak berlaku apabila trafik tinggi.

So, ada 2 kekurangan fizikal kat desktop tu. Satu, takder speaker dan yang kedua takder mouse. So, malam tu (sabtu bebaru nih) kami keluar jap ke pekan (pekan mana? Semporna... pekan mana? Semporna... pekan mana? Semporna Sabah laa mangkuk! <-- tribute to the late Yasmin Ahmad) dan mencari-carik mouse yang sesuai. Pendek cerita dapatlah kami tangkap sebijik mouse kecik jenama 'Hello Kitty' (Ya, sebenarnya MAMA Epan nih yang nak sangat mouse nih sebagai persediaan laptop Toshiba PINK dia nanti) yang cantik untuk Abam Epan.

Sampai di rumah, mengikut ISO kadar excited bebudak yang dapat barang mainan dari parents - sukalah dak abam nih dan terus mintak saya (babah) untuk pasang kat desktop dia. Then seperti biasa sebab dia nih dianugerahkan PR yang menakjubkan oleh tuhan.. terkeluarlah dialog puji-pujian seperti 'Cantiklah maof Abam ni mama, pandailah mama belli' dan 'Kecik kan maof Abam ni babah, mahhal ni'.

Then nak gelak pun ada, nak bawak pegi specialist pun ada jugak la. So kami betulkan sebutan dia: 'Bukan MAOF laa abam... MOUSE' cuba sebut MOUSE. Tapi dia tetap gak dengan MAOF dia.

'MOUSE... cuba abang sebut 'ssss'.. mouse.'
'MAOF... MAOF'
'Mouse laaaa. Mouse!' (dan penyakit keturunan sebelah saya dah mula nak terkeluar dah waktu tu. Nasib baik mulut dak Abam ni kiut bila sebut MAOF tu. Kalau tak... harus kena tampar hingga ke langit yang ketujuh gak dia masa tuh)

'Abam.. mouse. Cuba sebut.. mouse.'
'Maof. Susah laa babah. Maof.'

OKlah tu. Then babak kedua, percubaan maof tersebut. Banyak gak game yang telah diinstall kat desktop Abam nih. Antaranya Zuma, Feeding Frenzy, Supercow, Platypus II dan Heavy Weapon. Semua game-game yang disebutkan berfungsi dengan MAOF dan sangat sesuai untuk bebudak berumur antara 2 1/2 tahun hingga 4 tahun macam dak Abam nih.

Tapi Abam suka sangat dengan SUPERCOW tuh. Dan tangan dia yang kecik tu ngam-ngam jer pegang maof hello kitty tu. Ada dekat 2 jam dia main, dari stage 1 sampai stage 3. Sekarang Abam dah sampai stage 5 dah. Hehehe.. sebenarnya mama dan babah pun ada tolong gak Abam bila dia 'stuck' kat beberapa level. So bila dia tak dapat menyelesaikan masalah level, dialog akan keluar seperti ini: 'Babah.. tolonglaa Abam. Susah laa'

So, saya gunakan keyboard (sebab lebih precise movement dia) dan dapatlah selesaikan masalah. Rupa-rupanya setiap kali saya buat camni, dia memerhati.

2) ADIK (Adi HAIKAL Muqri) <-- dia ni tak pernah mengaku diri dia adik.
Waktu kami main game ngan Abam tu, dak Adik tengah tidur. Tiba-tiba dia terjaga dan sebagai superhero dalam family kami, dengan selamber tanpa disuruh oleh mana-mana pihak berkuasa - Adik datang dan duduk sebelah Abam. Then tak lama kemudian...

'Apa tu mama? hmmm.. (dan disulami dengan bahasa-bahasa pelat yang hanya dia sorang jer yang faham kat mukabumi nih)'
Mama jawab: 'Mouse abam. Tantek kan?'

Abam menambah: 'Ya Adik. Ini maof Abam.'

Memula Adik diam. Memerhatikan keadaan. Seperti biasa kami akan melihat mukanya sebab jika berlaku sebarang perubahan terhadap kedua-dua kening dan kalau bibir dia dah mula senyum - maka agenda nakal akan bermula sebentar lagi! Dan resaksa GORGON akan mula membantai ULTRAMAN!!!

Ya! Tak lama! Lebih kurang 2 minit jer lepas tuh Adik terus merampas MAOF Abam dan waktu tu Abam dah masuk Stage 3!

Dan seterusnya berlakulah percakaran tahap budak-budak infagrow A+ dan diakhiri dengan Adik mengambilalih KERUSI Abam dan Abam pulak start menangis mintak belas kesian, mintak puji dan menyuruh mamanya memarahkan Adik.

Game yang adik boleh main setakat nih ialah 'Desktop Game', 'Zuma' dan 'Feeding Frenzy'. Tapi jangan tanya laa tuan-tuan dan puan-puan, dia bukan main betul-betul game tuh, dia seronok melihat animasi, kartun, gerak-geri, music dan sound efek game tuh sahaja. Contohnya game 'Crazy Bird', dia cukup suka dan terkekeh-kekeh tergelak bila tengok gerak-geri burung-burung tu.

Kami pulak turut tergelak sama sebab gelakkan dak Adik. Setiap kali dia tergelak, bunyiknya memang kelakar, lucu dan menghiburkan. Gelak keretapi.. tau?

Setakat ni cerita kartun yang Adik suka ialah 'Tom & Jerry' dan 'Oggy And The Cockroaches'. Dia suka tengok bila lipas-lipas tu kenakan watak kucing tu. Kedua-dua siri kartun nih terpaksa di MP4kan dan masuk kat dalam telefon kami. Nasib baik gak laa dua-dua telefon tuh Symbian, maka senang sikit dan menyebabkan diaorang tak bergaduh sangat. Dan ianya 'handy' dan membantu dalam menenangkan keadaan apabila travel jarak jauh dalam kereta. So, babah dapat melaksanakan pemanduan berhemah seperti yang dituntut oleh JPJ itu.

Pada esoknya tu (hari Ahad), sepupu-sepupu Abam datang ke sini untuk menimbulkan suasana hiruk-pikuk di hujung minggu. Dan entah mana pulak dia dapat perangai JOBO (atau POYO) dia nih (mungkin genetik kot) - Dak Abam dengan sombongnya mendemonstrasikan game-game dia dan maof baru dia. Lepas tu sorang demi sorang mencuba dan Abam pulak berlagak macam instructur belajar memandu kereta. Ya! dia duduk kat sebelah sepupu-sepupu dia dan mengajar apa-apa yang patut pasal game tu. Dan kalau laa sepupu dia nih stuck dalam beberapa level...

'Nanti dulu. Jangan pegang maof Abam tu. Dia kena macam ni..'

.. dan dia menggunakan skill KEYBOARD sebijik macam yang saya tunjukkan pada malam sebelumnya. Adehhh... cucu sapa? cucu memek Ati. Cucu sapa? cucu memek Ati. Hehehe.

PENGUMUMAN: Atok Ayob akan bertolak dari rumah memek Ati (Senawang) ke IJN KL esok untuk rawatan dan pemeriksaan jantung. Diharapkan agar semuanya selamat dan berjaya. Aminnn. Mak, jagalah abah tu bebaik sebab kitaorang CONFIRM balik raya tahun nih. Sesungguhnya tiket kapakebam dah beli dah. Kami semua faham yang tahun nih family kita dalam kesukaran, kami di Sabah, MakLang di Perlis dan PakNgah di New Zealand. Tapi tiket kapakebam balik raya MakLang belum beli lagi.

Dan sejak Abam tau minggu lepas yang mama dia dah beli tiket kapakebam, mulut dia tak abis-abis bercerita kat semua orang yang dia nak balik umah memek Ati dia. Nak jumpa memek.. jumpa atok.. jumpa MakLam (mak lang) dan jumpa Pakcu Ais. Kepada PakNgah dan Umi yang sedang menunggu kelahiran BABYGIRL sulong kat New Zealand tu, ikutlah adat resmi dan budaya standard... kirimlah gambar-gambar di ruangan 'Salam Perantauan Sempena Lebaran' di akhbar-akhbar tempatan Malaysia raya nih. Tulislah kat situ 'Minnal Aidil Wal Faizin - Segmen Ini ditaja oleh New Zealand Dairy Board'. Hehehe.

1 ulasan:

  1. Saved aѕ a favorite, I love your website!


    Also visit my site :: payday loans no credit check

    BalasPadam

Together

Slide ePan&eKal

Jangan Lupa KLIK!